Thursday, December 31, 2009

bukan sebarang tindih


dah lama tak update blog
tapi aku rasa terpanggil nak tulis tentang pengalaman yang satu ni

diTINDIH semasa tidur.

cubalah google sahaja frasa di atas. dah ramai yang menulis. tak kurang yang kaitkannya dengan sains (Sleep Paralysis). yang sains itu seorang kawan pun pernah jelaskan pada aku. aku percaya. tapi aku pun percaya jika ditindih oleh benda lain seperti jin yang dilaknat Allah swt.

ditindih yg aku maksudkan di sini, keadaan sedang tidur dengan posisi terlentang, tiba riba rasa separuh jaga. mata masih terpejam tapi boleh nampak sekeliling. susun atur perabut bilik tidur yang betul, malah orang yang sedang tidur di sebelah anda pon boleh kelihatan.

tapi, badan anda kaku.

tak sakit. bukan betul ditindih macam adik anda menindih anda ketika tidur, tapi macam di-freezekan oleh Mr Frost dalam siri filem Santa Clause tu. rasa kebas. melawan nak bangun tapi tak boleh. lagi teruk semasa melawan ada suara yang 'annoying' seperti .. (setelah google cari perkataan yang sesuai)... tak tahu nak gambarkan mcm mana. tapi menakutkan. cubalah menjerit meminta tolong, takkan berjaya. tiada sepatah kata pun boleh keluar dari mulut ketika ini. lebih teruk kalau anda dapat rasakan ada 'tangan tangan' yang memeluk tubuh ketika itu. lebih teruk lagi? anda boleh lihat si pengganggu. (Alhamdulillah aku tidakpernah lihat. dan tidak mahu).

*mungkin kebetulan, aku pernah rasakan tangan itu berbulu. dan ada yang pernah lihat katakan rupa si pengganggu kelihatan seperti seekor mawas. maka gambar di ats mungkin ada penjelasan yang tersendiri*

penyelesaian bagi kes aku, ayatul Kursi. tapi bukan mudah juga. sampai ke ayat terakhir itu, dia mengganggu lagi dengan suara yg lebih dasyat, telinga terasa bengang, badan rasa seperti digoncang, supaya tumpuan untuk menghabiskan ayatul kursi itu terganggu. tidak dapat dihabeskan maka gangguan berterusan. Alhamdulillah jika berjaya habiskan. dilepaskan tubuh terus terjaga dari tidur.

fenomena ni sering berlaku pada aku selepas subuh. patutlah orang kata tak elok tidur lepas subuh. tapi orang kurang ilmu macam aku ni memang fikir benda enak sahaja. siapa yang tak suka tidur? salah satu faktor mungkin aku selalu terlupa baca doa dan berwuduk bila nak tidur lepas subuh. berbanding tidur malam, aku lebih berjaga-jaga. aku juga rasa aku jadi sasaran spesis ini selepas kes bintang mas (bg yg mengetahui).

okay cukup. sekadar berkongsi pengalaman dan peringatan. ustaz yang merawat bintang mas dulu ada kata mmg ada sejenis jin ini yang kerjanya menindih anak anak adam. ianya mmg wujud. maka ia bukan sekadar sains. maka aku menentang orang yang gah menegakkan sains semata mata dalam hal ini. mungkin mereka tak pernah melaluinya. tidak pernah seteruk orang lain. atau memang tidak percaya kewujudan jin dan syaitan. sbg muslim kena la percaya kan kan?

aku petik sikit ulasan ahli panel sebuah website ugama ; Rasulullah saw menyuruh umatnya agar membaca Ayatul Kursi dan 3 Qul (Al-Ikhlas , Al-Falaq dan An-Nas) sebagai senjata yang paling ampuh untuk menghindar dan mengelakkan diri daripada terkena gangguan jin dan Syaitan.In sya Allah apabila diamalkan dan dibaca pada setiap kali selepas solat fardhu dan juga ketika sebelum tidur akan dapat memelihara saudara daripada kejahatan jin dan syaitan.

dan jangan lupa berwuduk. hembuskan ayat diatas di telapak tangan dan sapukan di seluruh badan sebelum tidur. aku rasa semua orang pun tahu. tapi tak amalkan. macam aku. aku bukan sengaja. aku lupa. he he he

aku alu alukan komen/pandangan/pengalaman anda semua sbg peringatan.
phew.

6 comments:

waNNa_eXess said...

teringat kembali di mcd ketika tgk MU vs.barca, dengar kau cerita lebih menarik. meremang semua bulu. :p
aku pun pernah kene.
menurut mbah aku sebab aku tido bawah palang. tempat laluan 'mereka'.
mungkin selepas lalu 'mereka' terus lompat atas badan aku? mana tahu kan?

nuT said...

ada sumber kata dato' haron din kata; biasa gangguan berlaku ketika baru nak terlelap, mungkin kita tertindih jin yang sedang tidur di tempat tidur kita, maka jin tu tindih kita semula. wallahualam.

[MiSs1904] said...

alhamdulillah..belum pernah mengalami dan tidak mahu alami..~~minta dijauhkan...
tpi perkara mcm ni mmg biasa berlaku...even, ibu saya sndiri biasa alami..~~umah nenek kt kampung..~~mmg ada laluan dia...kalo t'tido kt kwsn tu..memang akan kena..
and kwn sndiri pon slalu kena kt hostel lelaki...
stuju dgn amalan 3Qul tu..~~
kita beringat yang mana termampu.. :)

Raja Nadiah said...

wa
giler la
scary
:(
aku pernah kena sekali
dah tu mimpi mak aku
arghh
dia mcm
walau
xtau nk ckp mana
ayat qursi pun aku x reti
:(

nuT said...

kan? sbenarnye dr skolah lg dah kena tp masa tu pcaye dgn sleep paralys tu. tp bila makin teruk, nyata ia mmg gangguan jin.

raja, belum terlambt nak hapal ok? start cepat beb.

Anonymous said...

Allah akan jaga hambaNYA yang istiqamah 'menjaga DIA'. means, jg setiap suruhan & lrgnNYA. bkn amalkan Islam dlm perkara yang kita suka shj, n tggalkan Islam dlm prkr yg kt xsuka. dats la makhluk2 lain suka nak dekati kita..coz hati kita KOSONG dari ingati DIA.

wajarkah kita ingati DIA hnya ktka kt susah smt2? bla xdtmpa kesusahan, byk maksiat n dosa yg kta buat kpdNYA.

WAJARKAH???
tepuk dada, tanyalah baki iman yg tersisa.

moga Allah beri kita hidayah yg sebenar2 hidayah. amin!