Thursday, December 31, 2009

bukan sebarang tindih


dah lama tak update blog
tapi aku rasa terpanggil nak tulis tentang pengalaman yang satu ni

diTINDIH semasa tidur.

cubalah google sahaja frasa di atas. dah ramai yang menulis. tak kurang yang kaitkannya dengan sains (Sleep Paralysis). yang sains itu seorang kawan pun pernah jelaskan pada aku. aku percaya. tapi aku pun percaya jika ditindih oleh benda lain seperti jin yang dilaknat Allah swt.

ditindih yg aku maksudkan di sini, keadaan sedang tidur dengan posisi terlentang, tiba riba rasa separuh jaga. mata masih terpejam tapi boleh nampak sekeliling. susun atur perabut bilik tidur yang betul, malah orang yang sedang tidur di sebelah anda pon boleh kelihatan.

tapi, badan anda kaku.

tak sakit. bukan betul ditindih macam adik anda menindih anda ketika tidur, tapi macam di-freezekan oleh Mr Frost dalam siri filem Santa Clause tu. rasa kebas. melawan nak bangun tapi tak boleh. lagi teruk semasa melawan ada suara yang 'annoying' seperti .. (setelah google cari perkataan yang sesuai)... tak tahu nak gambarkan mcm mana. tapi menakutkan. cubalah menjerit meminta tolong, takkan berjaya. tiada sepatah kata pun boleh keluar dari mulut ketika ini. lebih teruk kalau anda dapat rasakan ada 'tangan tangan' yang memeluk tubuh ketika itu. lebih teruk lagi? anda boleh lihat si pengganggu. (Alhamdulillah aku tidakpernah lihat. dan tidak mahu).

*mungkin kebetulan, aku pernah rasakan tangan itu berbulu. dan ada yang pernah lihat katakan rupa si pengganggu kelihatan seperti seekor mawas. maka gambar di ats mungkin ada penjelasan yang tersendiri*

penyelesaian bagi kes aku, ayatul Kursi. tapi bukan mudah juga. sampai ke ayat terakhir itu, dia mengganggu lagi dengan suara yg lebih dasyat, telinga terasa bengang, badan rasa seperti digoncang, supaya tumpuan untuk menghabiskan ayatul kursi itu terganggu. tidak dapat dihabeskan maka gangguan berterusan. Alhamdulillah jika berjaya habiskan. dilepaskan tubuh terus terjaga dari tidur.

fenomena ni sering berlaku pada aku selepas subuh. patutlah orang kata tak elok tidur lepas subuh. tapi orang kurang ilmu macam aku ni memang fikir benda enak sahaja. siapa yang tak suka tidur? salah satu faktor mungkin aku selalu terlupa baca doa dan berwuduk bila nak tidur lepas subuh. berbanding tidur malam, aku lebih berjaga-jaga. aku juga rasa aku jadi sasaran spesis ini selepas kes bintang mas (bg yg mengetahui).

okay cukup. sekadar berkongsi pengalaman dan peringatan. ustaz yang merawat bintang mas dulu ada kata mmg ada sejenis jin ini yang kerjanya menindih anak anak adam. ianya mmg wujud. maka ia bukan sekadar sains. maka aku menentang orang yang gah menegakkan sains semata mata dalam hal ini. mungkin mereka tak pernah melaluinya. tidak pernah seteruk orang lain. atau memang tidak percaya kewujudan jin dan syaitan. sbg muslim kena la percaya kan kan?

aku petik sikit ulasan ahli panel sebuah website ugama ; Rasulullah saw menyuruh umatnya agar membaca Ayatul Kursi dan 3 Qul (Al-Ikhlas , Al-Falaq dan An-Nas) sebagai senjata yang paling ampuh untuk menghindar dan mengelakkan diri daripada terkena gangguan jin dan Syaitan.In sya Allah apabila diamalkan dan dibaca pada setiap kali selepas solat fardhu dan juga ketika sebelum tidur akan dapat memelihara saudara daripada kejahatan jin dan syaitan.

dan jangan lupa berwuduk. hembuskan ayat diatas di telapak tangan dan sapukan di seluruh badan sebelum tidur. aku rasa semua orang pun tahu. tapi tak amalkan. macam aku. aku bukan sengaja. aku lupa. he he he

aku alu alukan komen/pandangan/pengalaman anda semua sbg peringatan.
phew.

Sunday, December 20, 2009

i miss her so much.

why her?
:p


i miss Marie` Digby live in KL !!!
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~~


and i always ♥♥♥♥♥ her boots

Sunday, December 13, 2009

i am

Your results:
You are Wonder Woman
You are a beautiful princess
with great strength of character.

























Wonder Woman
87%
Supergirl
82%
Superman
80%
Green Lantern
70%
Robin
69%
Iron Man
65%
Catwoman
60%
Batman
50%
Spider-Man
45%
The Flash
45%
Hulk
25%

Click here to take the Superhero Personality Test



funny, b knw this earlier than me, thats y he drew this;

Sunday, December 06, 2009

re : macam mana ?

aku tak jelaskan terperinci kenapa aku tak suka orang LINK ke blog aku. aku pun tak berhak untuk kata JANGAN LINK sebab blog adalah tempat berkongsi maklumat. tak kira jenis apa pun tulisan kau tapi blog memang itu tujuannya.

tapi apa yang buatkan aku kurang senang dengan warga blog yang punya link blog aku ialah isi kandungan blog tersebut. yang langsung tiada ciri ciri aku SENANG HATI bila dibaca atau sekadar lihat lihat. dari isi kandungannya sampai la ke orangnya.

blog aku bukan hebat. atau popular. kalau campur 2-3 post pun belum tentu cecah 100hits. tapi memang aku kurang senang dengan bloggers yang memang aku kurang senang. itu sahaja.

kepada followers blog aku, jangan risau. aku sendiri yang letak gadget 'follow' itu. maka tak berhak kata tidak kan? kalau kau senang dengan aku. aku pun senang dengan kau. peace V.



di atas ini pula, antara blog yang aku gemar singgah kerana aku gemar isinya. tapi kalau tuan punya link di atas ni tak suka linknya disini, beritahu lah. kecuali kak yasmin, yang telah pergi tapi aku masih tak mahu buangkannya dari list aku.

Thursday, December 03, 2009

macam mana ?

aku pegi satu. dua. tiga. beberapa. blog orang yang ada link blog aku. camna kalau aku tanak berada dalam link diorang tanpa bgtau diorang?

adui.

Wednesday, December 02, 2009

versus


saya mahu ini


tapi ini juga tempting


tapi lx3 lebih murah dari ep2 . yeaaaaah go lx3 !